Bismillah hirRahman NirRahim. .
Dah hari Jumaat..kejap je seminggu. . Kejap je da 13 Zulhijah 1434H. .maksudnya dah berakhir hari Tashriq. . Da abis waktu buat ibadah qorban. .
Arini terasa teramat la bosan.. banyak masa duduk kat kerusi.. nasib baik la ada buddies baru (novel).. last week g belin ngan Chinta Hati.. 1st novel dari terbitan Kaki Novel..karya Azieana.. 'Actually I Love U'..
Buat setakat ni.. bila da start baca, mus mcm susah nk berenti.. tu tandanya ok la..=).. kalau dop..kejap je baca da tutup balik.. bahasa yg digunakan also bagus.. tak kasar.. cuma.. karakter Reen dalam ni sekejap bahasanya lembut .. sekejap bahasanya kasar.. xberapa nak fluent ler karakter tu.. tp wat setakat hasil bacaan hingga muka surat 273 ni ok la..
Watak hero dalam novel ni.. macam terbayang ketampanan wajahnya.. huhuhu. . Untung Reen dipilih menjadi isteri Ameir!♥♥♡♡
So sesapa yg lom ada collection baru dalam simpanan novel..leh ler try beli novel ni.. harga RM 23.00..kalu ada member card tak kira la MPH @ Popular @ lain2..leh le dapat discount lagi..hihihi.
Kat bawah ni mus tulis sikit synopsis novel ni..:
-kerana ingin menebus tanah yang telah digadai oleh ayahnya, Reen menerima Ameir sebagai suaminya dengan syarat perkahwinan mereka tidak diketahui oleh sesiapa kecuali keluarga mereka.
Majlis pula akan berlangsung lima bulan selepas akad nikah mereka kerana Reen masih belum bersedia menerima lelaki itu sebagai suaminya. Namun, Ameir melanjutkan tempoh tersebut atas sebab-sebab tertentu..
>>> jom baca Novel !<<<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan